Thursday, September 16, 2010

WaRKaH uNTuKMu QaiSaRa JaNNaH

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Malam ini, malam kesyahduan. Malam yg menghadirkan seribu kenangan. Tubuhku menggigil tatkala angin dingin mengigit2 kulit ku ini, bulan cerah menerangi malam yg suram, bintang berkelipan menggamit kalkatu malam. Alangkah indahnya suasana ini jika aku dapat bersama insan tersayang. Menghayati malam2 terakhir bersamanya tika waktu semakin mencemburui kita. Malam ini adalah terakhir buatnya di bumi Malaysia sebelum berangkat pergi ke bumi asing. Ya, aku pasrah dengan keadaan & ketentuan ini...

Sahabat2 ku yg aku kasihi & sayangi semua. Setiap pertemuan pasti tibanya perpisahan. Kalian semua akan menyambung pelajaran ke bumi anbiya tuk satu tempoh masa yg agak panjang. Ingatlah, kalian sedang menggalas amanah dr Allah utk berjuang di bumi asing. MEDIC bukanlah satu bidang yg mudah tapi bukanlah SUKAR bg org yg mempunyai sifat keteguhan serta keazaman yg kukuh di samping tanamnya minat yg mendalam terhadap bidang ini. Aku yakin dan pasti kalian semua mampu menempuhnya dgn sabar dan penuh iltizam.

*************

Langit malam kini berubah suram tatkala awam mendung berarak menutupi bulan yg menerangi malam. Kalkatu terbang pulang ke sarang mencari pelindungan. Angin berderau2 meniup lalang kesepian. Pokok bergoyang kiri kanan menandakan satu suasana yg tak tenteram. Awan serta merta mencurahkan segala isi benda, renyai2 pd mulanya dan kini lebat mencurah. Air hujan laju mengalir ke longkang2 tuk mencari anak2 sungai seterusnya mengalir ke laut. Hatiku sayu. Ya, sayu mengenangkan nasib kita yg terpaksa berpisah jua. Air mataku laju mengalir seperti hujan mencurahkan isi bendanya. Tanpa ku sedari, titik2 permata berkilauan memenuhi pipi. Ya Allah, tabahkan hati HambaMu yg berdosa ini menghadapi hakikat kehidupan...


Kini ku sedar betapa kau bukanlah milikku tapi kau milik Tuhan Semesta Alam. Ku hanya mampu meminjamMu buat sementara waktu dan kini ku terpaksa menyerahkan kembali pd yg berhak. Ku sedar yg aku tak punya kuasa tuk mengubah takdir yg menentukan segala2nya. Terserahlah pada yg Berkuasa, yg mengatur segalanya dgn penuh hikmah disebaliknya. Sahabat yg ku anggap insan yg plg istimewa. Hadirmu dlm lembaran hidupku mengubah segalanya. Kita kenal tak lama tp ku rasakan sepanjang tempoh itu kau dan aku seperti sudah lama kenal. Entah mengapa ku rasakan kau begitu penting dlm hidupku dulu, kini dan selamanya.

***********

Aku masih ingat waktu kita kenal dulu. Tak lama, awal tahun ini juga. Seorang teman kita yg meperkenal kau pada aku. Ya, waktu senja di pantai Teluk Ketapang tatkala matahari ingin menutup tirai ketika itu.Awal perkenalan kita, aku masih tak tahu bagaimana rupa engkau. Nama samaran kau saja yg ku tahu. Aku berhubung dgn kau hanya melalui 'social network' saja. Nombor 'handphone' kau aku tak ambil peduli tika itu kerna bg ku, waktu itu aku hanya ingin mengenali siapakah gerangan ini. Mampir sebulan aku kira kita hanya berhubung melalui rangkaian itu. Hurm..... Allah menghadirkan kau dalam hidupku tatkala aku sedang dibuai mimpi. Memang aku akui, tika aku baru sahaja melepasi satu ujian besar tika zaman persekolahan dulu yaitu SPM, aku berasa bebas seperti burung yg terbang bebas sesuka hati. Aku lah burung ketika itu. Setelah berhempas pulas selama 5 tahun di sekolah, aku mahu menggapai kebebasan yg sering kali orang lain kecapi.

"Berubahlah kamu ke arah kebaikan dan janganlah kamu berubah ke arah keburukan"

Aku juga berubah, berubah ke arah keburukan. Aduhai hatiku, mengapalah aku memilih jalan hitam tatkala jalan putih terhampar di depan mata. Hurm, itulah hati manusia yg selalu mengimpikan sesuatu yg sudah pasti mengundang seribu permasalahan. Aku akui kelemahan diri, aku juga akui kekurangan diri. Tika itu aku hampir lemas dlm dunia ciptaan sendiri. Fikiran aku hanya mengidamkan perkataan S.E.R.O.NO.K mengalahkan perkataan2 lain. Bukan aku tak sedar tp itulah aku. Insan yg penuh dgn dosa di hati. Iman yg berkelodak. Ya aku akui, aku bukanlah seperti insan2 yg terlalu jauh dr rahmat Allah. Bukanlah aku mengambil dadah mahupun berhibur di kelab2 malam. Mengambil rokok serta meminum arak juga bukan. Apatah lg berzina dgn anak dara org. Bukan sebegitu sangkaan org. Aku cuma terpesong dr jalan yg sebenarnya. Biarlah aku dan Maha Mengetahui yg memahami sejarah ini.

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

Alhamdulillah. Allah menghantar kau padaku untuk membetulkan apa yg salah tika itu. Menbolak-balikkan hatiku yg penuh kegelapan ke arah cahaya kelurusan. Kaulah sahabat ku yg sanggup menegur kesilapan ku. Aku pernah terbaca petikan ini,

"Sahabat yg baik adalah sahabat yg sanggup menegur sahabatnya ke arah kebaikan walaupun dia mengetahui akan kesannya selepas itu kerna dia mahu melihat sahabatnya lari dr rangkapan kegelapan"

Kini aku sedar, hadirnya mu dalam hidupku bukan sekadar teman semata2 tp lebih membawa kpd sahabat sejati. Teman dan sahabat adalah dua istilah yg berbeza. Teringat aku pd lagu ini sahabat sejati nyanyian UNIC. Malam ini bukan seperti malam semalam kerna malam yg hadir tak sama seperti yg lepas2. Begitu juga dgn sahabat, sahabat yg hadir selepas ini tak sama dgn sahabat yg ku kenal sebelum ini. Mungkin lebih elok, sama, mahupun kurang elok berbanding sebelum ini. Malam juga begitu. Bunyi pungguk mengiyakan aku.


***********

Pagi itu, handphone aku berbunyi menandakan terdapat mesej yg masuk. Mesej darimu yg memohon maaf padaku agar aku tak terasa jika dia menegur ku. Mesej pertama dari mu membuatkan aku tersenyum lebar, hati kecilku berkata,

"aku tak maafkan kau walau sebesar zarah sekalipun kerna kau tak buat salah apa2 padaku, malainkan aku yg bersalah padamu sehinggakan kau menegur aku. Aku percaya kau tak senang hati dgn tindakan aku.."

Aku senang dgn teguran mu, setiap bait kata2 mu membuatkan aku tersedar dari lamunan mimpi. Hujan berhenti mencurahkan air matanya, kalkatu malam beramai2 mengerumuni cahaya lampu. begitu juga aku, setiap insan yg mempunyai sifat dalam hatinya yg mahukan kebaikan. Sudah fitrah manusia, termasuk juga kalkatu yg mencari cahaya tuk keluar dr kegelapan. Kau ibarat lampu yg menyinari kegelapan hidupku. Aku pula seperti kalkatu yg baru temui cahaya kelurusan. Sungguh indah pertemuan ini, pertemuan yg tanpa dirancang tp membuahkan kesan yg sgt mendalam. Sedang ku menikmati malam ini, terdengar sayu lagu sebuah pertemuan, UNIC...

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Aku ingin saja menulis segala kenangan kita. Tapi aku ingin membiarkan kenangan itu hanya tersemat dalam hati kita sahaja. Apa yg aku dambarkan malam ini aku kongsikan pada insan lain agar kegembiraan ini dpt dikongsi bersama2. Ingatkah kau bila kita bersua pertama kali. Tika itu aku ingin musafir ke Perak tuk menghadiri Edu Quest Camp UTP, waktu itu dingin subuh masih mengigit jari. Aku bersama sahabatku bertiga menantikan ketibaan bas di stesen bas Kuala Terengganu. Apa yg membuatkan aku terkejut pabila kau tiba2 memberitahuku yg mana kau sedang berada di sana juga.

Untuk apa soal hatiku. Ya, untuk memberi semangat padaku agar berjaya menempuh rintangan ketika interview nanti, kata kau. Hah?? aku hampir tak percaya, aku melilau2 mencari di manakah kau berada tika itu. Ketika itu masih pagi, rumah kau jauh sekali, hampir 25km dr stesen bas ini. Mustahil kau dtg semata2 untuk melihatku, apatah lagi hanya dengan bermotorsikal. hahaha hatiku gelak sendirian, kalkatu terbang bertempiaran mendengar gelakku ini.

Bas sudah sampai, tepat pada masanya tapi kau masih aku tak nampak. Mana mungkin aku mengenali mu kerna sepanjang perkenalan ini, akau tak pernah melihat wajahmu. Ketika kaki kananku sedang melangkah masuk ke dalam bas, handphone ku berdering. Kring, kring, kring..... Ku angkat panggilan itu, pangilan darimu yg menanyakan aku betulkah aku sedang memakai baju T-shirt lengan panjang berbelang merah. Ya aku mengiyakan, ku pusing kebelakang, aku nampak kau sedang berdiri jauh nun di sana. Jauh sgt sehinggakan aku terpaksa meminjam cermin mata kawanku kerna aku rabun jauh. Ku lambai padamu, kau juga lambai padaku. Tika itulah aku bersua dgnmu dgn satu jarak yg sgt jauh, hampir 60m aku rasa. 5 saat yg sgt berharga padaku, menjadi kenangan yg indah ketika ku musafir selama 14 jam ke Perak. Aduss, penat gila perjalanan ini. Bas yg ku naiki ini, sungguh tak ku sangka. Banyak sgt songehnya, aku berjanji tak akan naik lg bas syarikat ini.

************

Malam itu, malam jumaat masih aku ingat. Ketika ku mempersiapkan diri untuk interview keesokkan harinya dalam dorm di UTP. Kau memberitahuku agar berdoa pd Allah agar terdapat panggilan dr pihak JPA untuk memilih dia mendapat tajaan ke Mesir. Kau resah ketika itu. Resah seperti seorang ibu yg sedang mencari anaknya yg hilang. Aku terus berjalan ke surau berdekatan. Wudu' ku ambil dan solat hajat aku lakukan. Berdoa aku pada Allah yg Maha Agung pd sujudku yg terakhir. Panjang......... tak perasan manik2 kecil berada di pipi ku. Tak lama selepas itu, kau memberitahu ku bahawa kau baru sahaja mendapat panggilan itu. Kau sangat gembira tika itu. Ya aku juga, gembira tak terkata. Alhamdulillah. Impian kau dah termakbul. Aku kini terkapai2 keseorangan, tanpa impian yg pasti. Seperti seekor kalkatu yg terbang keseorangan kerna terpisah dr kumpulannya.

Aku kini berada di Kuala Lumpur, rumah mak saudara aku setelah pulang dari Perak tempoh hari. Ketika aku dan kawanku berada di Times Square, waktu itu menunjukkan pukul 5 ptg aku rasa. Kau memberitahuku yg kau kini sedang berada di hadapan KLCC, sedang menunggu abg kau datang mengambil kau serta keluarga kawan kau di sana. Kau tumpang kereta kawan kau dtg ke Kuala Lumpur untuk mendaftar diri di INTEC. Jalan ketika itu sibuk dengan kenderaan. Ayah kawan kau tak pasti jalan ke rumah abg kau justeru mengambil inisiatif menunggu abg kau di KLCC. Aku tercengang!! Jika dulu kau hantar aku ketika aku mahu ke UTP, kini peluang aku tuk menghantar kau ke INTEC.

Aku bersama kawanku, bergegas keluar dari Times Square menuju ke Stesean LRT Hang Tuah, aku berlari di hadapan penjara Pudu. Terus aku belikan tiket untuk ke Stesen Masjid Jamek. Setibanya di sana, aku mencapai pula tiket LRT ke Stesen KLCC dgn menaiki LRT PUTRA. Berkejar2an aku di sana mengejar masa yg semput. Orang sekeliling asyik memerhatikan aku. Gila kot budak ni, detus hati mereka. Kau memberitahuku bahwa kereta sedang berada di hadapan 'bus stop' berhampiran Pejabat Getah Malaysia.

Setibanya di stesen, aku berlari laju tanpa menghiraukan org lain. Tanpa membuang masa ku mendaki tangga mencari tempat yg kau katakan itu, aku pergi menanyakan seorang angggota polis berdekatan tentang tempat itu. Nun di sana tunjuknya. Aku dengan tercungap2 menuju ke situ. Tapi aku hampa kerna tak kelihatan sedikit pun kereta Myvi putih seperti kau katakan. Aku kecewa lalu terus duduk di atas besi di Bus Stop tersebut. Hujan renyai2 menyayukan lagi suasana ketika itu.

Tanpa ku sedari bahawa kau sedang berada nun di seberang jalan, tatkala kenderan bergerak lancar, aku ternampak sebuah kereta Myvi hitam serta Myvi putih. Berdiri seorang gadis di sebelah kereta itu, aku yakin pasti, itulah kau wahai sahabat. terus ku mendail nombor kau, lalu ku lambai dr seberang jalan, kau juga membalas lambaian itu. Kereta itu berlalu pergi, hati ku kembali bersinar riang. Kalkatu kembali ke pangkuan keluarga, sukanya hati kalkatu itu.

***********

Kau tika masuk ke INTEC, sukanya hati mu kerna dapat bertemu rakan2 seperjuangan. Tapi kau dan aku kini kurang berhubung. Kau kata sibuk dgn kerja, nak tumpu pelajaran betul2. Ya aku mengerti kondisi kamu. Alhamdulillah aku dpt menyambung pelajaran ke UIA kampus Petaling Jaya. Kau juga berkongsi kegembiraan ini. Kita selalu juga mesej tp tak mcm dulu. Dalam seminggu ada 2 3 kali. Hurm, aku terima seadanya. Aku paham keadaan mu tika itu.

Lama kau menyepi, aku tak tertahan lagi. Air mataku ibarat tak membawa erti padaku. Seringkali aku mengadu pada yg Maha Esa. Tabahkan hatiku menempuh dugaan ini. Memang aku tak tahan, satu hari aku nekad mesej kau, meluahkan apa yg terbuku di hati ini. Panjang aku menaip dan aku pasti kau masih menyimpan mesej itu hingga hari ini. Maafkan aku, aku terpaksa. Kau menjauhkan dirimu dariku. Kau rase inilah jalan penyelesaian yg terbaik. Ya itu bg kamu tapi tak bg aku. Aku terseksa tika itu, kepada siapa lagi aku mahu mengadu. Aku cuba sibukkan hatiku pada kerja2 di kampus. Hampir aku putus asa, tp azam ku nekad dan percaya janji Allah itu pasti. Suatu hari nanti akan ada jalan penyelesaiannya.


*************

Tarikh keramat bg kita, kau mahu bertemu aku di Mid Valley. Aku berjanji padamu akan ku bg sesuatu yg bernilai buatmu. Hari itu, aku dari rumah mak saudaraku, aku keseorangan berjalan kaki menuju ke Stesen LRT Sungai Besi, menuju ke Bandar Tasik Selatan untuk mgambil Komuter pula. Sementara menanti ketibaan tren, kau memberitahuku yg mana kau dan kawan2 kau dah sampai di Mid Valley. Aku terus menanti, terasa begitu lambat masa berlalu. Aku tak sabar2 menemui kau buat kali pertama secara dekat. Hampir pukul 11.30 pagi, tren pun sampai. 10 minit kemudian aku sampai juga di sana, terus ku menuju ke MPH seperti kau katakan.

Aku berpusing2 dalam itu mencari kau, tak kenal maka aku tak dpt cam wajahmu. Aku buat panggilan, kau kata kau berada di sudut novel, aku pun begitu. Akhirnya aku nampak kau, kau perasaan kehadiranku. Kau mampir padaku sambil ditemani kawan mu. Kau bercakap dengan ku berhijabkan rak buku. Aku sempat melihat wajahmu sekilas pandang sahaja. Tak sampai 5 minit, kita bersurai. Kau kata nak makan McD. Aku menuju ke restoran tersebut di tingkat atas sekali. Aku order makanan sementara kau belum sampai. Aku mencari meja kosong untuk kau dan kawan2 kau.

Ya hari itu barulah aku apat melihat wajahmu yg cukup ayu. Bersih seperti wajah bayi baru lahir. Kalkatu baru dilahirkan. Selepas menjamu hidangan tengah hari, kau mahu pulang. Aku berjanji memberi mu sesuatu. Ya aku mengeluarkan paper bag yg aku isikan dalamnya senaskah tafsir Al-Quran buat santapan hati. Memang aku berniat nk bg kau sesuatu yg pabila kau melihatnya, kau teringat Allah yg Maha Besar. Jika kau membacanya aku mungkin dpt merasa kesyahduan itu. Harapnya AQ itu dpt menghubungkan kita di mana jua kita berada InsyaAllah.

Selepas tarikh keramat itu, kau mulai sibuk kembali. Exam yg penting akan kau tempuhi. Kita juga jarang contact. Hanya sesekali mungkin. Aku redha dgn ketentuan. Aku terkejut pabila melihat akaun FB mu tak dapat aku layari, tak mungkin kau Block aku. Kenapa? lantas aku mesej kau menanyakan jawapan yg sebenar. Katamu kau hanya deactivate akaun fb kerna mahu menumpukan exam yg mendatang. Selama 2 minggu itu aku buat2 happy. Hurm, tarikh yg dinanti2 kan kau dan aku kini muncul.

25/8/10 tarikh kau tamat menjalani persediaan di INTEC. Dan kini sedang menantikan tarikh untuk terbang ke Mesir. Hurm, aku tumpang gembira kerna kau kembali active. Kau dah selalu mesej aku. Mood aku berubah. Malam yg suram cerah kembali disinari cahaya sinaran bulan. Kalkatu terbang bebas tanpa belenggu si ulat beluncas. Pungguk kini menyanyi nyaring. Kau ada mengajak aku tuk menemani kau ke TS untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama teman2 kau. Tapi keadaan tak mengizinkan kau dan aku kerna abang kau ada kerja. Terpaksa kau batalkan niat kau itu. Tak ada rezeki buat aku tuk menemui kau. Keesokan harinya aku bersama teman2 ke Masjid India tuk bershopping hari raya. Aku ingin membeli cederamata kepada umi,serta adik2 ku tercinta. Niatku ingin membeli tudung buat mereka. Puas aku melilau mencari yg sesuai tp aku mmg xpandai membeli tudung. Aku pulang hampa. Mujur kau menghulurkan tangan meringankan beban aku. Kau kata esok kau akan ke sana bersama abgmu tuk mencari jubah ayah. Hurm, kau sedia membantu aku tuk membeli tudung umi dan adik2... Terserah pada kau. Balik Terengganu aku pergi ambil drpd kau.

***********

Tiba hari di janjikan, aku pulang ke negeri asalku bersama teman menaiki bas. Hari Isnin kau ajak aku keluar, aku mengajak kwn aku menemani aku sambil dia memandu kereta sementara adik kau menemani kau. Kita pergi ke Bank HSBC seterusnya ke Mydin Mall kerna kau nak cari barang tuk bawa ke Mesir nanti. Setelah puas berbelanja, kau mahu pulang dan kami hantar kau dekat rumah. Kau bg aku tudung2 yg kau belikan serta mafla merah putih kau bg kpd ku buat kenangan. Aku amat gembira menerimanya drpd kau. Duit tudung aku mahu bayar tp kau kata kau belanja tuk umi dan adik2. Alhamdulillah aku mampu ucapkan. Aku juga berikan kau kad raya serta sebentuk keronsang yang bg aku murah sahaja harganya tp harapnya keikhlasan aku bernilai buat segala2nya.

Hari Raya Aidilfitri menjelma, tiap2 malam kita tidur lewat menghargai masa2 yg ada sebelum kau meninggalkan bumi Malaysia ini. Hari Isnin, raya yg ke-4 aku berkesempatan ke rumah kau. Mak kau menyambut dengan mesra, kalu sebelum ni kau selalu berkata nanti mak kau kejar keliling rumah dgn parang. Hatiku berdetik jika benar dia jodohku, lembutkan hati emaknya, permudahkan bg aku mengenali mak n ayahnya. Biarlah keluarganya mengenali siapakah aku. Alhamdulillah, penerimaan keluarga kau baik walaupun mak kau menanyakan mcm2 soalan. Keluarga aku juga sudah mengetahui hal ini. Penerimaan mereka baik semuanya. Alhamdulillah.

Dan kini, malam terakhir kau di Terengganu, tika ku tulis kisah ini, pg esok kau akan bertolak ke Kuala Lumpur bersama keluarga mu. Jam sekarang menunjukkan pukul 4.24 am, 16/09/2010. setelah 4 jam aku menaip kisah ini. Aku yakin, ada lagi yg tak sempat aku taip di sini tp biarlah kenangan kita ini tersemat dalam hati masing2. Di kesempatan ini, aku mengambil peluang tuk memohon seribu kemaafan buat sahabat tersayang Qaisara Jannah jika sepanjang perkenalan kita terdapat kesilapan aku, maafkan aku insan hina. Aku bangga dapat mengenali insan yg begitu istimewa pada aku. Kau sukar di cari ganti. Aku pohon pada kau agar belajar bersungguh2, jgn lupa doa pd Allah agar kita dpt bersatu dengan cara halal dlm tempoh yg agak lama ini. Jagalah diri elok2 sepanjang kau berada di tempat orang.

Maafkan aku jika aku membuatkan kau lalai drpd mengingatiNya. Ku pohon pd kau bagitahu aku jika dah jumpa insan yg betul2 dpt menarik hatimu ke JalanNya agar aku tak berharap padamu lg. 6 tahun setengah bukan satu tempoh yg sekejap. Hubungilah aku, ucaplah khabar. Janganlah kau senyap sepi tanpa khabar berita erk. InsyaAllah aku akan setia menunggu mu. wahai kekasih hatiku insyaAllah. Jika Allah dah pilih kita dalam barisan saf perjuangan ini. Akan aku teruskan perjuangan ini.

Seperkara lagi, aku minta izin untuk meyimpan sedikit ruang bg hati mu bernafas dlm hatiku ini. Jika aku gugur syahid dulu sebelum mu, doakan lah aku berada bersama org2 beriman. Moga kita bertemu di Jannah.. Terima kasih sahabat. Air mata mengiringi kisah ini. Malam yg syahdu, ketika kau sedang enak di buai mimpi, aku bersekang mata menaip kisah ini berlinangkan air mata untuk tatapan kau selamanya.. harap kau simpan warkah ini. salam sayang buat sahabat yg akan merantau jauh.

Teringat pula pada lagu kita, lagu yang kau dedikasi padaku. DeHearty~Permata yg DiCari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Selamat berjuang sahabat laut merah. Usahlah mengalah sebelum tewas. Doaku sentiasa mengiringimu InsyaAllah.

1 comments:

Anonymous said...

no komen..
hihihi..
smg allah meberkatimu..

Post a Comment

komenlah kalu tak malu.. hehehe sila bagi pandangan yang bernas, semoga menjadi ilmu yang berguna...