Tuesday, May 18, 2010

BeRPiSaH KeRNa aLLaH


suatu hari kita berpisah
suatu hari kita akan berubah
suatu hari kita akan saling melupakan
suatu hari kita tak akan bisa seperti ini lagi

yang aku ingin kau menjaga
menjaga persahabatan ini
sampai nanti kita di pertemukan kembali


tapi sebelum hari perpisahan itu tiba
aku hanya ingin kau tau
persahabatan ini tidak akan pernah
pudar oleh waktu

dirimu adalah kenangan terindah
dalam hidup ku
dan maafkan aku yang tak pernah bisa sempurna
untuk menjadi sahabat

maafkan aku wahai sahabat

~laut merah menanti~

Saturday, May 8, 2010

GaMBaR oMBaK YaNg CaNTiK

Jika sebelum ini kita dah lihat gambar2 coral, kali ini kita cuci mata dengan melihat gambar ombak yang sangat cantik dan menakjubkan. Gambar ini semua diambil oleh seorang photographer yang berbakat tinggi Clark Little.

Sun ... glints off wave

Sun ... glints off wave

pasir yang meluncur

pasir yang meluncur

Tubular

Tubular

Beach ... surf crashes down

Beach ... surf crashes down

Molten ... liquid gold

Molten ... liquid gold

White ... tumultuous water

White ... tumultuous water

Splash ... stunning shot

Splash ... stunning shot

Red .... mysterious shot

Red .... mysterious shot

Break ... wave crashes down

Break ... wave crashes down

titisan ombak

titisan ombak

Macam mana? menakjubkan bukan? hohoho photographer tersebut memang seorang surfer dan menghabiskan masa di laut dan pantai.

sumber dari cisdel

Friday, May 7, 2010

ShouTMix DaH MunCul.. BoLehLaH NaK PeKik pOm...

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT blog Laut Merah ini dah ada ShoutMix. Gadjet ini sedikit sebanyak membolehkan pengunjung blog ni ber'chatting' sesama sendiri. Selain itu, dengan kewujudan ShoutMix ini juga besar harapan saya agar ikatan ukhwah sesama kita akan lebih kuat.

Boleh pekik sesuka hati ke???

InsyaAllah saya tak menghalang kalian semua untuk berpekik apa sahaja. Besar harapan saya juga agar kalian semua dapat menjaga tingkah-laku, adab2 bercakap. Ikutilah Sunnah Rasulullah SAW.Di sini saya garapkan perkara2 yang tak seharusnya kalian menyalahgunakan ShoutMix ini.

1~Tidak mengejek sesama kita dengan menggunakan kata2 kesat yang dapat mengguris hati sesiapa sahaja. Tindakan Banned akan diambil jika perkara ini berlaku.

2~Tidak mencarut atau menggunakan kata2 lucah yakni 18SX kerana pengunjung blog ini juga ada yang kanak2. Maka tidak sesuai dan seboleh2nya tidak sekali-kali melafazkan perkataan sebegitu.


3~Penyamaran ID pengunjung lain amat tidak digemari oleh saya. Jadilah kamu semua seperti diri kamu sendiri. Jika terdapat juga kes2 penyamaran ini, ingatlah Allah maha melihat setiap sesuatu tindakan yang kita lakukan.

p/s: Gunakanlah kelebihan gadjet ini sebaik mungkin. Semoga ukhwah kita semakin rapat. Terima Kasih!!!


Tuesday, May 4, 2010

KaMpUs Di JorDaN


Bila sebut saja mahasiswa,pasti ramai yang beranggapn, iaitu mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diceburi, mereka yang berkaliber, berkarisma dan mempunyai sifat kepimpinan.Namun untuk mencapai semua itu,berbagai-bagai permasalahan, rintangan dan dugaan yang terpaksa dihadapi dengan tabah dan penuh kesabaran. Sekiranya mahasiswa tidak dapat menghadapinya dengan baik, maka tidak hairanlah kita lihat ramai mahasiswa yang terkandas dipertengahan pembelajaran.

Begitu juga yang dialami oleh mahasiswa Malaysia di Jordan. Segala permasalahan terpaksa diselesaikan dengan baik dan cepat. Ini kerana belajar di negara orang tidak sama dengan belajar di negara sendiri, banyak urusan yang melibatkan kerajaan Jordan perlu dibereskan. Bagi memudahkan urusan mahasiswa Malaysia di Jordan,maka ditubuhkan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan(MSD), Persatuan-persatuan dan badan-badan kebajikan anak negeri. Hal yang demikian kerana, segala urusan yang mesti dilakukan adalah di tempat yang berbeza dan perlu menggunakan bahasa arab untuk berkomunikasi, ini mungkin mendatangkan masalah bagi mahasiswa, khususnya bagi mahasiswa yang baru.

Disamping itu,kewangan juga merupakan permasalahan utama mahasiswa Malaysia di Jordan, lebih-lebih lagi yang datang tanpa penaja atau biasiswa daripada mana-mana pihak, ini kerana matawang Jordan lima kali ganda lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia. Sekiranya mereka (mahasiswa) tidak bijak berbelanja dan peka dengan perbandingan matawang Jordan dan Malaysia, maka akan timbul masalah dalam kewangan mereka.

Penguasaan bahasa arab yang mantap amat penting bagi setiap mahasiswa yang belajar di Jordan. Sekiranya bahasa arab tidak dapat dikuasai oleh setiap mahasiswa, maka akan mendatangkan masalah dan kerugian yang amat besar, hal ini kerana,akan menyukarkan mahasiswa dalam memahami setiap sesi kuliah, jual-beli dan pergaulan dengan orang arab,itupun belum termasuk bahasa ammiah Jordan lagi, pendek kata, penguasaan bahasa amat penting bagi setiap mahasiswa di Jordan.

Seterusnya mahasiswa di Jordan terpaksa menghadapi perubahan cuaca yang tidak sama seperti di Malaysia, iaitu musim sejuk dan musim panas. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan jika tidak dihadapi dengan baik. Penempatan juga merupakan masalah yang dihadapi mahasiswa, ini kerana tidak semua universiti di Jordan menyediakan asrama untuk mahasiswa. Oleh itu,mahasiswa terpaksa menyewa rumah atau bilik di luar kawasan universiti. Permasalahan yang timbul apabila tinggal di luar ialah bekalan air yang terhad, keselamatan kurang terjamin, perbelanjaan pergi balik ke universiti dan sebagainya. Di samping itu, penyesuaian diri dengan makanan dan adat kebudayaan di sini juga penting dalam menjalankan kehidupan seharian.

Justeru itu, setiap mahasiswa perlu memperbetulkan niat, matlamat dan tujuan berada di Jordan. Memanfaatkan segala permasalahan yang menimpa, janganlah lihat permasalahan sebagai masalah, sebaliknya lihatlah sebagai tarbiyyah daripada ALLAH S.W.T.. Ingatlah ! Kita semua adalah harapan agama, bangsa dan negara,jadi jangan sia-siakan segala harapan ini, semua sedang menanti kepulangan kita sebagai seorang yang berilmu, berakhlak dan berkerampilan. Semoga segala jerih perih dalam menuntut ilmu di bumi anbiya’ ini mendatangkan hasil yang terbaik untuk dikongsi bersama umat islam kelak. AMIN..

Disediakan oleh : Saudara Adam b. Abd. Rashid (Ahli RASMI MUTIARA)

Disediakan untuk : Artikal MPPMJ 2009/2010


p/s: Sila amek perhatian kepada sesiapa yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara..

GaLeRi DaSaR LaUt BiDoNg

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Entah mengapa kisah di sebalik laut itu sangat terasa di kalbuku. Mungkinkah penangan Laut Merah melanda diriku yang keresahan ini.

Kali ini aku ingin mempromosikan sebuah pulau yng diberi nama PULAU BIDONG yang terletak di perairan Terengganu. Menjadi tempat pelarian buat rakyat Vietnam seketika dahulu dan kini megah dengan namanya yang tersendiri.

Datanglah melawat Pulau ini. Jom melawat TERENGGANU!!!

SUKAR untuk mencari sebuah pulau indah yang tidak diselubungi pembangunan pelancongan dan Terengganu bernasib baik kerana memiliki Pulau Bidong yang kini tidak lagi dibanjiri manusia.

INDAH...suasana Pulau Bidong masih terpelihara daripada  pembangunan.
INDAH...suasana Pulau Bidong masih terpelihara daripada pembangunan.

SYURGA PENYELAM...kapal karam kini didiami karangan laut. NILAI BUDAYA...replika tepak sirih. SEJARAH...plak nama kapal dan mangsa pelarian Vietnam yang tidak  sempat tiba di pulau.


SYURGA PENYELAM...kapal karam kini didiami karangan laut.

Selepas mengenali pulau ini selama lima tahun, keputusan kerajaan negeri Terengganu untuk menjadikan Bidong sebagai pulau warisan dan tidak membenarkan sebarang pusat peranginan dibangunkan, sememangnya amat mengharukan.

Pernah didiami kira-kira 70,000 pelarian Vietnam dalam jangka masa lebih 20 tahun, Bidong hari ini adalah tapak sejarah dunia terus dikenang lebih 100,000 pelarian yang pernah menjadikan pulau kecil ini transit sebelum dihantar ke negara ketiga.

Kesan peninggalannya semakin terhakis, namun kerajaan Terengganu dalam perancangan untuk membina muzium peringatan bagi bekas pelarian yang hadir untuk memberi penghormatan kepada anggota keluarga yang meninggal dunia di pulau kecil ini.

Untuk itu, jeti berbumbung sudah dibina di kawasan dikenali Teluk Vietnam bagi memudahkan pengunjung melihat sisa peninggalan yang semakin hari semakin lenyap dimamah usia.


Kekuatan pulau kecil berukuran kira-kira dua hektar diperkukuhkan dengan pusat penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terletak di Teluk Pasir Cina.

Penyelidikan marin, pengenalan survival laut adalah antara agenda utama UMT - satu-satunya universiti mempunyai pusat penyelidikan sendiri di sebuah pulau.

Keistimewaan Pulau Bidong tidak berakhir di situ, malahan perut lautnya turut mengandungi khazanah yang tidak ternilai harganya.

Menurut cerita, disebabkan tidak mahu dihantar pulang ke negara asal, pelarian Vietnam akan membocorkan kapal masing-masing dan menenggelamkannya sebelum naik ke pulau.

Justeru, di hadapan Teluk Vietnam saja ada 27 kapal karam dan selepas 20 tahun, pertumbuhan terumbu karang menjadikan ia kawasan hidupan marin yang kaya.

Lebih mengagumkan, masih ada sisa peninggalan kapal karam dapat dikesan termasuk takar, pinggan mangkuk, permaidani, periuk belanga dan pelbagai artifak lain yang sering ditemui kumpulan penyelam skuba.


Khazanah laut Bidong dimantapkan dengan program meletak enam replika sejarah milik Terengganu - keris, tengkolok, tepak sirih, pintu gerbang, perahu dan batu bersurat yang menjadi tukun tiruan di Teluk Vietnam.


Kawasan dikenali Galeri Dasar Laut Malaysia adalah hasil inisiatif CoRal Malaysia, ditaja kerajaan negeri Terengganu.


Justeru, Pulau Bidong kini dikenali sebagai pusat pemuliharaan konservasi marin kerana kerjasama antara kerajaan negeri Terengganu, UMT dan CoRal Malaysia yang memberi perhatian serius terhadap usaha untuk menyeimbangkan antara usaha pemuliharaan dan menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan.


Antara usaha untuk mencari keseimbangan itu, Tourism Terengganu sudah mengadakan program lawatan ke Pulau Sipadan dan Mabul bagi mengkaji konsep ekopelancongan yang kini menjadikannya antara destinasi kelima terbaik dunia, tapi pada masa yang sama memulihara keindahan khazanah lautnya.

Kerjasama antara kerajaan negeri, Tourism Terengganu, UMT dan CoRal Malaysia berjaya memberikan nama kepada lokasi selam skuba di sekitar Ppulau Bidong dan Pulau Karah yang belum lagi dijelajahi sepenuhnya.

Sejumlah 16 lokasi selam skuba sudah diberi nama mengikut panggilan tempatan antaranya Tukun Bidong di Pantai Pasir Cina, Kubur Kapal, Jeti Pangkalah Pasir dan Galeri Dasar Laut di Pantai Pasir Pangkalan, Tugu Bidong dan Pasir Tenggara di Pantai Pasir Tenggara, Teluk Belanga di Pasir Teluk Belanga.

Manakala terusan antara Pulau Bidong dan Pulau Karah dinamakan Terumbu Raja dan manakala Taman Krismas adalah kawasan terumbu karang memanjang sehingga 200 meter ke laut memiliki begitu banyak sejenis terumbu lembut seperti pokok krismas.


Menjawab soalan, Timbalan Exco Pelancongan Terengganu, Wan Hakim Wan Mokhtar mengakui ramai pencinta alam melahirkan kebimbangan dengan khabar angin pulau kecil ini akan turut menjadi 'mangsa' pembangunan pelancongan seperti pulau peranginan lain.

"Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk Pulau Bidong dan saya yakin pengumuman menjadikan ia sebagai 'pulau warisan' tidak dilakukan secara sambil lewa," katanya.

TAPAK SELAM DI PULAU BIDONG

1. Tukun Bidong

2. Galeri Dasar Laut

3. Kubur Kapal

4. Jeti Pasir Pengkalan

5. Tugu Bidong

6. Pasir Tenggara

7. Teluk Belanga

8. Terumbu Raja

9. Taman Krismas

10. Bucu Bidong

11. Teluk Batu

12. Dinding Laut

13. Teluk Air

14. Batu Payung

15. Batu Menangis

16. Karah Darat

17. Karah Laut

18. Terumbu Kerisi

19. Batu Tenggiri


p/s:cintailah alam sekitar...

Sunday, May 2, 2010

peSaNaN BuAt LaUt MeRaH


Terima kasih pada yang sudi memberikan gambar ini pada aku..
semoga dia sentiasa diberkati setiap tingkah lakunya...



gambar ini aku mahu dedikasikan buat seorang teman
yang akan merantau jauh dari Malizi..
semoga pertemuan di Laut Merah menjadi realiti...
ameenn...

~damia humairah~

AsaL UsuL LauT MeRah

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Entry kali ini aku ingin mengajak kalian semua mengenali apa itu Laut Merah???
Apakah sejarah2 yang telah berlaku di sini...

LAUT MERAH..??? Apa tu!!!!

Laut Merah adalah sebuah teluk di sebelah barat Jazirah Arab yang memisahkan
benua Asia dan Afrika. Jalur ke laut di selatan melewati Babul Mandib dan Teluk Aden sedangkan di utara terdapat Semenanjung Sinai dan Terusan Suez. Laut ini di tempat yang terlebar berjarak 300 km dan panjangnya 1.900 km dengan titik terdalam 2.500 m. Laut Merah juga menjadi habitat bagi berbagai makhluk air dan coral. LauT MeraH

Wah.., cerita tentang Laut Merah juga unik juga. Banyak peristiwa alam yang membuatkan Laut Merah sesuai dinamai sebagai Laut Merah. Misalnya bagi ahli geologi saat ini, Laut Merah itu mirip bayi yang baru lahir. Kamu tahu kan kulit bayi yg baru lahir berwarna merah? Nah Laut Merah termasuk laut yg baru lahir di Planet Bumi.


Laut Merah baru terbentuk 55 juta tahun lalu, saat daratan Afrika terpisah dari daratan Arab. Saat daratan Afrika berpisah, terbentuklah cekungan yg terisi air dari laut Atlantik. Jadi bagi ahli geologi, nama Laut Merah sangat tepat. Kerana terjadinya Laut Merah mirip bayi yg masih merah kulitnya.


Eh, nama Laut Merah bukan hanya berasal dr ahli geologi saja tau. Nama itu sudah ada sejak zaman kuno, sekitar 2500 SM. Orang kuno menamai Laut Merah, karena Laut Merah berwarna merah pada musim tertentu.


Warna merah itu gara2 ganggang laut Trichodesmium erythraeum yang mati. Di hari2 biasa Laut Merah warnanya biru kehijauan. Orang kuno juga menamai Laut Merah kerana di sekitar Laut Merah ada pegunungan bertanah merah. Namanya pegunungan Edom.


Laut Merah juga terkenal kerana Nabi Musa membelah Laut Merah jadi jalan ketika Firaun dan kaum2nya mengejar Nabi Musa alaihissalam. Firaun dan kaum2nya lemas dalam Laut Merah...

Laut Merah MeNanti Di SaNa



Memuji-Mu atas kesempatan ziarah
ke tepian Laut Merah

Saat jeda undangan-Mu untuk beribadah
Perjalanan ibadah ke Kota Mekah dan Madinah

Laut Merah
Mengenang perjalanan sejarah

Laut Merah
Sejarah mengembalikan kesucian Kabah

Laut Merah di tepian kota Jedah
Memberikan rasa indah

Saat-saat kami bertasbih
Di dalam masjid terapung berkubah biru dan bermenara putih

Saat fikir kami bertasbih
Saat hati kami bertasbih

Saat lisan kami bertasbih
Saat raga kami bertasbih

Tentram ketika dahi sujud merendah
Tentram ketika tangan terbuka mengadah

Meredam resah
Meredam amarah

Sadar akan sikap angkuh
Sadar akan sikap latah

Sadar akan jadi rapuh
Sadar akan jadi punah

Ya Allah
Maafkan bila kami bagai buih
Maafkan bila kami sering letih

Ya Allah
Jadikan hidup kami barokah
Jadikan mati kami husnul khatimah


Ya Allah
Syukur kami atas Ayat-Ayat Cinta-Mu di tepian Laut Merah
Memperkuat jiwa kami untuk Istiqomah
Memperkuat jiwa kami akan Risalah

Ya Allah
Bimbing kami jalankan Amanah
Beri kami tempat kembali Jannah

Ya Allah
Syukur kami atas Ayat-Ayat Cinta-Mu di tepian Laut Merah
Berharap kami jadi keluarga sakinah mawadah wa rahmah
Berharap kami bahagia fiddunya wal akhirah

Ya Allah
Undanglah kembali kami beribadah haji ke Baitullah
Undanglah keluarga-keluarga kami beribadah haji ke Baitullah
Undanglah saudara-saudari kami beribadah Haji ke Baitullah

Ya Allah
Pertemukanlah kami di Laut Merah Mu
Suatu hari nanti

SaTu PerTeMuaN Di LauT MeRaH

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Alhamdullilah, dengan izin Allah SWT maka dengan ini rasminya blog yang diberi nama LAUT MERAH diwujudkan.

Blog ini insyaallah akan menjadi tali ikatan antara aku dan dia. Negara Jordan dan Mesir bersempadan dengan Laut Merah. Moga pertemuan di Laut Merah ini akan menjadi satu kenyataan. Amin.....

Maka Terimalaaaaahhhhhh ................sedikit sebanyak gambar2 yang di snap...


coral yang sangat menarik!!!

Coral coral yang indah ... dan alhamdullilah pada hari tuh, air agak jernih, so memang boleh nampak dengan clear ikan ikan berenang renang bersama sama gitu ....

Pelbagai coral ada .....

Malangnya aku tak tau nama nama coral (coral ada nama ker?)

Ikan ikan berenang renang dengan bebas ....
Kerang / Kepah pelabagai warna ada ...

Aku paling suka coral warna ungu ... sebab memang menyerlah ....
Mereka mereka yang menyelam dan berenang di lautan ....
Ikan apa, aku tak tau .....

Lagi coral warna ungu ...

Ikan belang yang kiut sedang berenang...
Lembut mengalun alun coral coral di dasar lautan ...

coral yang melambai2 pertemuan itu...

Pemandangan yang indah terbentang di hadapan mata (or bawah mata?)
Lembut sungguh coral coral ini ....

Kepah yang besar!!!
Semua gambar coral dan ikan yang mana aku tak tau namanya ....

Yang ini aku tau species coral nih .... PEPSI CAN!!! Memang tak bertanggung jawab kannnn!
Rumput rampai lautan ....

Ikan ikan bermain main di celah celah coral ....
Aku terpegun dan terapung apung di sini for quite some time ... sebab suka dan asyik tengok ikan ikan nih ....
Landscape di dasar lautan ...

Coral dan ikan ...

Anak anak ikan bermain main .... memang suka dengan anak anak ikan nih ... comel!!!

Lembut berayun ayun coral nih ....

Species Coral yang semua orang tau kaannn .... So next time , make sure simpan semua sampah sarap!!!
Sibuntal
Sibuntal lagi...
Sibuntal ... aku spend quite some time lihat aksi si buntal nih ....
Ikan keluar masuk celah celah coral
Ikan main main di celah kepah

Itulah gambar2 yang di snap oleh seseorang di Laut Merah. Sungguh cantik ciptaan Allah SWT.
Bersamalah kita menjaga alam semulajadi...

~UPPA~