Tuesday, May 4, 2010

GaLeRi DaSaR LaUt BiDoNg

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Entah mengapa kisah di sebalik laut itu sangat terasa di kalbuku. Mungkinkah penangan Laut Merah melanda diriku yang keresahan ini.

Kali ini aku ingin mempromosikan sebuah pulau yng diberi nama PULAU BIDONG yang terletak di perairan Terengganu. Menjadi tempat pelarian buat rakyat Vietnam seketika dahulu dan kini megah dengan namanya yang tersendiri.

Datanglah melawat Pulau ini. Jom melawat TERENGGANU!!!

SUKAR untuk mencari sebuah pulau indah yang tidak diselubungi pembangunan pelancongan dan Terengganu bernasib baik kerana memiliki Pulau Bidong yang kini tidak lagi dibanjiri manusia.

INDAH...suasana Pulau Bidong masih terpelihara daripada  pembangunan.
INDAH...suasana Pulau Bidong masih terpelihara daripada pembangunan.

SYURGA PENYELAM...kapal karam kini didiami karangan laut. NILAI BUDAYA...replika tepak sirih. SEJARAH...plak nama kapal dan mangsa pelarian Vietnam yang tidak  sempat tiba di pulau.


SYURGA PENYELAM...kapal karam kini didiami karangan laut.

Selepas mengenali pulau ini selama lima tahun, keputusan kerajaan negeri Terengganu untuk menjadikan Bidong sebagai pulau warisan dan tidak membenarkan sebarang pusat peranginan dibangunkan, sememangnya amat mengharukan.

Pernah didiami kira-kira 70,000 pelarian Vietnam dalam jangka masa lebih 20 tahun, Bidong hari ini adalah tapak sejarah dunia terus dikenang lebih 100,000 pelarian yang pernah menjadikan pulau kecil ini transit sebelum dihantar ke negara ketiga.

Kesan peninggalannya semakin terhakis, namun kerajaan Terengganu dalam perancangan untuk membina muzium peringatan bagi bekas pelarian yang hadir untuk memberi penghormatan kepada anggota keluarga yang meninggal dunia di pulau kecil ini.

Untuk itu, jeti berbumbung sudah dibina di kawasan dikenali Teluk Vietnam bagi memudahkan pengunjung melihat sisa peninggalan yang semakin hari semakin lenyap dimamah usia.


Kekuatan pulau kecil berukuran kira-kira dua hektar diperkukuhkan dengan pusat penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terletak di Teluk Pasir Cina.

Penyelidikan marin, pengenalan survival laut adalah antara agenda utama UMT - satu-satunya universiti mempunyai pusat penyelidikan sendiri di sebuah pulau.

Keistimewaan Pulau Bidong tidak berakhir di situ, malahan perut lautnya turut mengandungi khazanah yang tidak ternilai harganya.

Menurut cerita, disebabkan tidak mahu dihantar pulang ke negara asal, pelarian Vietnam akan membocorkan kapal masing-masing dan menenggelamkannya sebelum naik ke pulau.

Justeru, di hadapan Teluk Vietnam saja ada 27 kapal karam dan selepas 20 tahun, pertumbuhan terumbu karang menjadikan ia kawasan hidupan marin yang kaya.

Lebih mengagumkan, masih ada sisa peninggalan kapal karam dapat dikesan termasuk takar, pinggan mangkuk, permaidani, periuk belanga dan pelbagai artifak lain yang sering ditemui kumpulan penyelam skuba.


Khazanah laut Bidong dimantapkan dengan program meletak enam replika sejarah milik Terengganu - keris, tengkolok, tepak sirih, pintu gerbang, perahu dan batu bersurat yang menjadi tukun tiruan di Teluk Vietnam.


Kawasan dikenali Galeri Dasar Laut Malaysia adalah hasil inisiatif CoRal Malaysia, ditaja kerajaan negeri Terengganu.


Justeru, Pulau Bidong kini dikenali sebagai pusat pemuliharaan konservasi marin kerana kerjasama antara kerajaan negeri Terengganu, UMT dan CoRal Malaysia yang memberi perhatian serius terhadap usaha untuk menyeimbangkan antara usaha pemuliharaan dan menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan.


Antara usaha untuk mencari keseimbangan itu, Tourism Terengganu sudah mengadakan program lawatan ke Pulau Sipadan dan Mabul bagi mengkaji konsep ekopelancongan yang kini menjadikannya antara destinasi kelima terbaik dunia, tapi pada masa yang sama memulihara keindahan khazanah lautnya.

Kerjasama antara kerajaan negeri, Tourism Terengganu, UMT dan CoRal Malaysia berjaya memberikan nama kepada lokasi selam skuba di sekitar Ppulau Bidong dan Pulau Karah yang belum lagi dijelajahi sepenuhnya.

Sejumlah 16 lokasi selam skuba sudah diberi nama mengikut panggilan tempatan antaranya Tukun Bidong di Pantai Pasir Cina, Kubur Kapal, Jeti Pangkalah Pasir dan Galeri Dasar Laut di Pantai Pasir Pangkalan, Tugu Bidong dan Pasir Tenggara di Pantai Pasir Tenggara, Teluk Belanga di Pasir Teluk Belanga.

Manakala terusan antara Pulau Bidong dan Pulau Karah dinamakan Terumbu Raja dan manakala Taman Krismas adalah kawasan terumbu karang memanjang sehingga 200 meter ke laut memiliki begitu banyak sejenis terumbu lembut seperti pokok krismas.


Menjawab soalan, Timbalan Exco Pelancongan Terengganu, Wan Hakim Wan Mokhtar mengakui ramai pencinta alam melahirkan kebimbangan dengan khabar angin pulau kecil ini akan turut menjadi 'mangsa' pembangunan pelancongan seperti pulau peranginan lain.

"Kerajaan Negeri mempunyai pelan untuk Pulau Bidong dan saya yakin pengumuman menjadikan ia sebagai 'pulau warisan' tidak dilakukan secara sambil lewa," katanya.

TAPAK SELAM DI PULAU BIDONG

1. Tukun Bidong

2. Galeri Dasar Laut

3. Kubur Kapal

4. Jeti Pasir Pengkalan

5. Tugu Bidong

6. Pasir Tenggara

7. Teluk Belanga

8. Terumbu Raja

9. Taman Krismas

10. Bucu Bidong

11. Teluk Batu

12. Dinding Laut

13. Teluk Air

14. Batu Payung

15. Batu Menangis

16. Karah Darat

17. Karah Laut

18. Terumbu Kerisi

19. Batu Tenggiri


p/s:cintailah alam sekitar...

2 comments:

anis comey said...

hohoho..idop smk lembah bidong!!!
eh kaet dop? huhu

laut merah said...

weh, dop kaet lar...
hahahha

Post a Comment

komenlah kalu tak malu.. hehehe sila bagi pandangan yang bernas, semoga menjadi ilmu yang berguna...